Pengenalan 

Kolej Komuniti Jasin (KKJS)  mula beroperasi pada tahun 2003 dan menumpang sementara di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka di mana kumpulan pertama pelajar seramai 16 orang dari Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan telah memulakan pengajian di KKJS. Pada tahun 2005, Kolej Komuniti Jasin telah berpindah ke kampus tetap di KM 24, Taman IKS Merlimau, Jalan Muar, Merlimau. Kampus baru KKJS seluas 12 ekar itu meliputi Blok Pentadbiran, Blok Kuliah, Blok Multimedia, Blok Senibina, Garaj, Kafeteria dan Surau.

KKJS kini giat menambahbaik kemudahan infrastruktur di Bilik Kuliah, Makmal Komputer, Gelanggang terbuka dan juga Gimnasium bagi memastikan persekitaran yang kondusif yang dapat melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP).

Pengambilan bagi Program Sijil Kolej Komuniti dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember. Kursus pendek di Kolej Komuniti Jasin pula menawarkan pelbagai jenis kursus untuk komuniti setempat antaranya termasuklah kursus masakan, kursus solekan, kursus berkaitan aplikasi komputer, kursus baikpulih komputer serta pelbagai kursus mengikut permintaan komuniti setempat. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) merupakan unit yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala urusan berkaitan Kursus Pendek.